June 10, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 3 Ramadhan





Assalamualaikum w.b.t






Menu untuk juadah berbuka puasa pada hari ke 3 ialah sup ayam. Tetapi disebabkan anak-anak i nak makan dengan bihun xnak dengan nasi, maka ibunya terpaksa lah rebus bihun untuk semua sekali makan. Sok sahur baru i masak nasi makan. Biasa la tekak i yang kuat meketedarah ini tak kenyang kalo makan bihun jer..mehehe. Bahan-bahan untuk masak sup ayam ini senang jer. Main campak-campak jer bahan, mudah dan senang. Cukup bahan, cukup lah rasanya. Sambil mengacau makanan tue jangan lupa selawat ke atas nabi. Insyaallah masakan yang kita masak tue sedap dan dijauhi daripada ludahan syaitan.










Masak sup ayam kena ada sambal kicap cili. Tapi i tak sempat nak tangkap gambar disebabkan bateri tepon dah habis. Time tue pun dah pukul 7 malam. Anak-anak pun dah tak sabar nak makan. So time tue memang kelam kabut nak kemaskan meja makan la, uruskan kehendak anak-anak la dan nak mandi la. Memang masa tue rasa tak cukup. Tapi alhamdulilah pukul 7.15 malam dah setel semuanya, Makanan pun dah terhidang. Seperti biasa i selitkan video yang i sharing dalam IG i [radekamn]. 










**Selamat Berpuasa Semua Daripada Kami Sekeluarga!

Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...