June 9, 2016

Juadah Berbuka Puasa Hari Ke 2 Ramadhan





Assalamualaikum w.b.t





Dah lama tak update blog cerita mengenai juadah berbuka puasa. Tapi kali ini kita just nak share main menu kita sebab yang selebih yer tak sempat nak tangkap gambar. Balik jer daripada opis, duk kejap rehatkan diri pastu terus masuk dapur masak. Belum dikira lagi dengan gangguan-gangguan daripada anak-anak yang wajib akan tanya soalan sampai 10x "Ibu masak apa?"..."Akak dah lapar la ibu"..."Sedapnya bau ibu, lama lagi ker masak" dan macam-macam lagi lah. 



Hye dugaan betul i di bulan ramadhan ini nak kena jawap satu persatu. Terutamanya akak umairah. Kalo balik sekolah mesti akan cakap "ibu masak cepat akak dah lapar". Sudah terkial-kial i masuk dapur masak, tak sampai 5 minit kan umairah tanya balik "dah siap masak ker ibu". Amboi akak, agak-agak la baru 5 minit ibu baru potong dan basuh ikan.







: macam-macam bahan ada dalam kari i








Apa-apa pun juadah berbuka puasa untuk hari ke 2 ramadhan i masak K.A.R.I    I.K.A.N     T.E.N.G.G.I.R.I    T.E.R.U.N.G. Jenis menu juadah berbuka memang i yang pilih sebab teringin sangat nak makan kari. Sebab sahur i goreng kuih jemput-jemput dengan cicah kari ikan. Husband yang dok makan nasi sahur pun terus tak jadi makan nasi sangat, lebih banyak makan jemput-jemput. I selit sikit video kari yang sempat disnap. Kowang boleh follow IG radekamn. Selamat Berpuasa Semua!!














Trip Big Island, Johor 2017

  Assalamualaikum w.b.t   Semoga Allah s.w.t merahmati anda semua. Ramai yang tanya ‘bila ko nak update cite ko...