February 23, 2016

Nak Let Go Baju Melayu Uwais - FREE




Assalamualaikum w.b.t







Nak habaq mai kat semua orang yang i nak let go baju melayu uwais style teluk belanga. Kain dan material semuanya baik dan tak panas. No caj except untuk penghantaran jauh daripada kawasan Putrajaya akan dikenakan caj penghantaran. Semua kain nie jenis home made punya. Sebab semua baju melayu uwais i tempah style teluk belanga supaya leher anak tak tercekik dengan style cekak musang. Lagipun uwais nie cepat berpeluh. 











Kalo orang tanya i nape jual? jawapan i sebab proses nak tambah anak lambat lagi. Lagi pun almari kat umah tue dah padat dan penuh sesangat. Suami pun dah pesan kat i untuk let go kan sahaja baju-baju melayu uwais. Baju melayu nie semuanya baru pakai sekali sebab uwais tak bepa gemar pakai baju melayu. Stress makcik. Hehehehehe.





Kaler Yellow Mustard; Size Umur 1 Tahun









Kaler Dark Orange; Size Umur 3 Tahun





Kaler Dark Green; Size Umur 3 Tahun



Kaler Pale Green; Size Umur 1 Tahun




p/s: if u'alls ada yang berminat lei drop comment dan no.tel korang atau korang ada suggestion tempat yang boleh didermakan pun boleh la comment dekat bawah nie ye..thanks semua..wassalam

Ada Perbezaan Ke Cara Didik Anak Sulung, Tengah Dan Bongsu?



Assalamualaikum w.b.t




Tengok tajuk pun mesti dah rasa pelik kan. Ada jugak ke cara beza mendidik anak-anak?..Bukan sama jer ke mendidik semua anak? Ada beza jugak ker?. Okey, i dulu pun mula-mula pakar motivasi bagitahu kat i cara mendidik anak sulung sehingga bongsu semua sama. Cuma kita as the parent kena la bahagikan perhatian yang sama rata. Sebab semua anak ada karakter masing-masing.












Contoh anak sulung i nie jenis yang independent berbanding anak yang tengah. Manakala yang bongsu pula berani dan kuat bersaing. Nak tahu karakter anak-anak sendiri pun kena sentiasa ada bersama-sama anak baru la tau perangai dan sifat anak-anak macam mana. Tapi konsep mendidikan tue masih lagi sama.











But kita sebagai ibu bapa kena lar buat analisis sikit dengan anak-anak. Cuba rajin bertanya apa masalah anak-anak kita, ada tak ketidakpuasan hati anak-anak pada adik beradik yang lain. Mungkin benda nie tak nampak impak pada kita tapi dalam jangka masa lama, anak-anak akan terkesan. Mereka akan anggap kita nie berat sebelah. Mereka nie sebenarnya lagi cerdik daripada kita. I tak nafikan mula-mula pregnantkan uwais (anak tengah), risau jugak macam mana nanti umairah, yer la walaupun umairah waktu tue baru berusia 1 tahun lebih tapi i boleh tengok reaksi muka die yang pelik. Persoalan dalam fikiran die "Sapa yang duduk dengan ibu?" atau "Napa ibu asyik peluk die jer?" atau "Ibu dah tak sayang akak ker?".







Yer, kadang-kadang kita akan cakap "tak pe lama-lama nanti budak akan paham", diaorang akan paham kalo kita (ibubapa) yang explain dan ajar anak-anak kita untuk menerima kehadiran "orang baru". Kita sebagai ibubapa kena rajin baca dan belajar dengan orang yang lebih berpengalaman. Banyakkan research untuk menambahkan ilmu keibubapaan. Bermacam-macam kaedah penyampaian dan tip-tip cara mendidik anak-anak ditunjukkan.





Sekarang i dah ada anak 3 orang, memang kadang-kadang berhati-hati dalam setiap tindak tanduk i. takut diri sendiri terlajak kasih sayang. I selalu pesan kat anak-anak i yang i takde pilih kasih pada diaorang or buat perbandingan antara mereka adik-beradik. Dulu yer sebab i tak sedar dalam setiap perbuatan i, tapi kini insyaallah i try my best untuk didik anak-anak i supaya mereka menyayangi antara satu sama lain. Suami i selalu pesan kalo nak marah anak jangan marah depan anak-anak yang lain takut anak yang kena marah rs malu dan seolah-olah dipinggirkan.







Sering terdengar ungkapan begini: si sulung biasanya bertanggung jawab, si tengah kurang perhatian, si bongsu terlalu dimanja. Lalu ada juga orang kata: sulung itu memimpin, tengah negosiator, bongsu periang dan pandai bergaul. Apakah benar demikian? Bezakah cara mendidik anak sulung, tengah, dan bongsu? Jawapan i: mendidik dan memberi perhatian kepada anak-anak kenalah sama rata dan saksama tidak ada perbandingan antara satu sama lain.