YuP

Cahaya

January 11, 2016

Alhamdulilah Adik Dah 2 Tahun


Assalamualaikum w.b.t





Wahhhh...perakhiran tahun 2015 yang amat mencabar tapi alhamdulilah di saat-saat cabaran datang melanda, i gagahi juga dengan berkat doa dan sokongan daripada kuarga tercinta serta dimakbulkan segala impian oleh Allah s.w.t.


Macam biasa azam yang lepas kena lah carry forward. So azam tahun baru ini nak jadi terbaik dari tahun yang sebelumnya daripada semua segi. Untuk kali ini i benar-benar ingin berubah menjadi seorang yang positif dan menyingkirkan segala negatif dalam diri ini.




Salah satu azam yang telah tercapai jugak adalah i dapat menghindari daripada i pregnant sepanjang tempoh 2 tahun....hihihihi. Alhamdulilah tanggal 8 Januari 2016 adalah genap tarikh kelahiran anak ibu iaitu Nur Uqayla masuk 2 tahun. 



Mengenai plan celebrate majlis sambutan hari lahir adik uqayla tak la besar cam kami sambut hari lahir beliau tahun lepas. Kali ini plan sambut birthday uqayla simple ajer. Kek sepotong jadi la kan ye anak ibu. Ekonomi sekarang gawat nie nak kena berjimat...huhuuhu. 



Insyaallah next entry i akan cerita sambutan hari lahir nur uqayla ye. Sekarang nie nak kena pikir kat tempat mane kami nak celebrate. Wassalam