November 25, 2014

My Jingerbell Muchkin



Assalamualaikum w.b.t



Sedih sangat bile setiap kali pergi outstation mesti teringat kat anak2...walaupun ada videocall pun tak sama dengan perasaan tengok anak2 membesar di depan mata..tabah hati nie menempuh dugaan..kadang2 selalu menangis kat hotel....susah senang kami bersama...apakan daya..itu la mata pencarian rezeki untuk anak2...sobs..sobs...


Orang kata lama2 tue dah biasa la tinggalkan anak..bagi i selama 5 tahun beroutstation di luar, hati nie masih tak sampai ati tinggalkan anak2..mane taknye anak yang baru lahir 3 bulan yang masih menyusu badan dan masih memerlukan dakapan kasih sayang seorang ibu terpaksa ditinggalkan..tapi..tapi..i percaya Allah s.w.t tue Maha Adil dan Maha Penyayang..insyaallah asal niat kita tak terpesong Allah s.w.t sentiasa melindungi i dan keluarga i..niat di hati mencari rezeki yang halal..ini la pergorbanan seorang ibu, isteri dan anak.


: suka tgk pic nie..



Ikutkan hati nie mahu saja berhenti keje..tapi apa kan daya keadaan ekonomi dan memikirkan kesenangan untuk anak2..tulang 4 kerat nie i kerahkan jua...salute i pada ibu-ibu yang di luar sana..dah la bekerja, business woman plak tue..alik jaga anak...tak berhenti2 keje..semata2 niat untuk memberi kesenangan dan kemewahan pada anak2 dan diri sendiri... Suka duka dipendamkan jua...hati yang lara ditelan ajer..takut hati nie tidak setabah seperti yang hendak ditempuh.


: pe yang ditgk adik beradik nie



Setiap malam i terpikir, begitu mencabar dalam mendidik anak2 untuk menjadi anak yang soleh dan solehah...hingat mudah ker...sok, lusa, tulat dah mati kena disoal dalam kubur..huish..seram sejuk!! ya Allah permudahkan i dalam mendidik anak2 supaya menjadi hamba yang terbaik dipandanganMu..yerr..i masih lagi belaja untuk tackle anak dengan cara yang betui..kadang2 terbabas gak..kalo anak2 wat hal tue mula suara i bertukar jadi harimau mengaum yang tunggu nak telan mangsa...kihkihkih..



: love u!!



Bila dah mare, anak2 menangis...mula lah rasa hati nie serba salah...detik dalam hati "cian anak ako, biasa la udak2..ako dulu pun lagi teruk dari nie"...tue la die..terlajak perahu bolei berundur..terlajak kata sendiri yang tanggung..kadang2 sampai husband tegur "nape kasar sangat cakap dengan anak, biasa la udak2, wak kalo lei cuba bersabar sikit lain karenah anak2"...bila pikir2 alik...ermmm kejam betui i nie..terhegeh2 la pujuk2 diaorang, siap peluk2 and minta maaf lagi...umairah mungkin la paham...uwais dok anguk2 kepala jer..hehehe.. {jangan ada perasaan ego yer ibuk2 dan bapak2 kat luar sana nak mintak maap kat anak2..dr situ lah anak2 belaja cara hormat dan minta maaf dengan kita..tak semestinyer kita sebagai ibu bapa sentiasa betui} 




: jenuh nak tangkap gambar diaorang..nie jer yang ok..hihihi

: kami la jingerbell muchkin ibu

: tgk muka abg uwais..lawak~~


: 1 2 3...senyummmm~~~



November 19, 2014

My Baby Solid Food - Makanan Serat (Chapter 1)




Assalamualaikum w.b.t



Dah lama blog nie tak bercerita pasal makanan anak2...dah bertimbun ibu2 comei yang pm dalam fb untuk mintak i sharing makanan serat anak. Sowi semua masa takde untuk nak mengemaskinikan cerita pemakanan nur uqayla. Ramai yang mengadu kata anak2 diaorang selalu sembelit..cian sangat2..sebabnye uqayla pun penah kena sembelit tapi sekali jer la..pastu dah takde..selain itu juga makanan serat juga penting tuk tubuh badan kita..bukan takat budak kecik jer tapi mak2 dan bapak2 yang kurang makan serat dan pengambilan air masak pun salah satu faktor akan mengalami sembelit.



Cuba bayangkan ibu2 yang tengah berpantang kena sembelit pun berteriak dan menangis2..apatah lagi bayi yang kecil cam uqayla pun pernah kena sembelit sebab kurang nak minum air..thats way jadi sembelit..kadang2 siap menangis2 tengok anak yang sulung dulu2 kena sembelit..kalo anak dah besar2 nie lagi la susah nak bagi minum air masak..2 teguk pun menjerit2 nak minum..tapi alhamdulilah sekarang nie dah tak payah suwuh dah, sendiri mau minum air..sebabnya mak nye pun kerap minum air..bagi i ibu bapa juga salah satu pencorak pemakanan anak2.



Resepi makanan serat nur uqayla yang i nak sharing nie tak la sebanyak mane tapi mungkin ia dapat membantu ibu2 diluar sana praktikkan yang mengalami masalah anak2 yang sembelit.


RESEPI PERTAMA:

1. Buah honey pear
2. Natural Yogurt

CARA:

1. buah honey pear tue kupas and stimkan selama 10 minit
2. kemudian campurkan sekali dengan natural yogurt dan blend.






RESEPI KEDUA:

1. Instant Oatmeal
2. Organic Prune
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali dengan organis prune dan EVOO serta blend hingga lumat.







RESEPI KETIGA:

1. Instant Oatmeal
2. Kismis Hitam
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali dengan kismis hitam dan EVOO serta blend hingga lumat.





RESEPI KEEMPAT:

1. Instant Oatmeal
2. Kiwi dan Honey Pear
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. stimkan or rendamkan buah honey pear ke dalam air panas selama 10 minit
3. kemudian campurkan sekali bahan2 1 dan 2 beserta EVOO dengan di blend hingga lumat.







Bahan2 yang sama cuma ditambah dengan blueberry...cara adalah sama seperti di RESEPI KEEMPAT.





buah honey kali nie i rendam dengan air panas jer..orang malas...hehehe





RESEPI KELIMA:

1. Instant Oatmeal
2. Kiwi 
3. Mango
4. Blueberry
5. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali bahan2 1, 2,3, 4 dan 5 dengan di blend hingga lumat.











 RESEPI KEENAM:

1. Instant Oatmeal
2. Kurma
3. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)


CARA:

1. rendamkan instant oatmeal (mengikut sukatan sendiri) sehingga kembang
2. kemudian campurkan sekali bahan2 1,2 dan 3 
3. Blend hingga lumat.


 


selamat mencuba semua..ada masa dan waktu i akan sharing dengan u'alls yer...wasalam