June 20, 2013

Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit


Assalamualaikum w.b.t
 
 
Selamat pagi semua, harini ramai sangat sahabat i yang sedang sarat mengandung..wahhh rasa macam tahun ini tahun buat anak..hehehehe...apa-apa pun ramai yang tanya camna i boleh senang melahirkan hero i iaitu Muhamad Uwais secara mudah tanpa di 'induce' dan sampai-sampai sahaja di hospital dah dilated 8 cm...Alhamdulilah berkat doa keluarga yang tercinta serta tidak putus-putus bersolat istikarah dan hajat moga kelahiran i yang kedua ini dipermudahkan..dan alhamdulilah Allah s.w.t itu Maha Adil lagi Maha Mengasihani..belum sempat nak meneran sahaja je dah keluar seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi ini.
 
 
Kali ini i dah nekad nak sharing dalam blog tip-tip yang secara teknikal yer i baca dalam rakan-rakan blog yang diluar sana yang sudi berkongsi dan juga siap ada sesi soal jawab dengan mereka based pada pengalaman mereka sendiri. Anyway berikut adalah tip-tip yang i dapat kongsikan dan sekiranya ada lagi information yang baru dah berkesan diamalkan maka i akan buat entry yang baru bagi PART II ok..hehehe



Tip-tip Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit

  • Duduk bersila dalam keadaan rehat.
  • Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
  • Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
  • Kemudian berbaring dengan santai.
  • Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
  • Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
  • Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
  • Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.
  • Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
  • Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
  • Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.
  • Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.
  • Amalkan membaca surah-surah lazim ibu yang mengandung serta rajin menbaca doa bagi memudahkan bersalin sekiranya tanda-tanda bersalin sudah ada.
  • Suruh en suami yang tercinta baca surah yassin dan surah maryam serta tiupkan ke dalam air (macam i aritu buat 4 botol...hihihi...cam owang nak mandi 'bunga' pun lei) dan di usap ke perut si isteri yang cute mengandung..mudah-mudahan dipermudahkan bersalin untuk isteri.
  • Suami diingatkan menghindari daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat atau tidak baik kepada isteri yang mengandung..kalo marah sangat isteri yang skang tengah mengedik2 tue layan ke jer la...hehehehe...takut ibu tue stress dan mengalami gangguan emosi.
  • Isteri sebelum nak masuk labour room tue rajin-rajin la mohon maaf dari suami...tue memang wajib kne wat.
  • Orang tua-tua kata kalo dah ada tanda nak bersalin makan telur kampung yang mentah2 dan telan..senang la beranak (ada jugak rasa cam nak cuba).