August 26, 2013

Small Celebration Birthday Party For Muhammad Uwais ( 1 Years Old)



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi anak bujang i dah pun umurnya setahun..Selamat Hari Lahir Sayang!! ke 1 tahun..sekejap jer masa berlalu..rasa happy sangat-sangat sebabnya muhammad uwais dalam masa umurnya setahun nie dah khatam sesi pembelajarannya..mula starting bertatih umur uwais dah 10 bulan, tumbuh 3 batang gigi just ambil masa seminggu sahaja {ketika umur 11 bulan}..memang cepat dan pantas..camnie la hero ibukan..hehehe..terima kasih Allah s.w.t..mempermudahkan segala urusan kami..berkat doa ibu dan ayah setiap hari..



: kek birthday anak bujang yang simple..yg pasti kena letak gambar upin



: suka bebenar uwais dapat kek upin ye sayang


Pertama sekali ibu dan ayah mohon maaf kepada anakanda tercinta muhammad uwais kerna tak dapat membuat majlis sambutan hari lahir secara besar-besaran seperti akaknya..salah satu sebabnya tarikh hari lahir anak bujang jatuh pada hari bekerja so ibu dan ayah hanya sempat hidangkan kek dan hadiah sahaja..sorry yer sayang!!


 
: akaknya yang terlebih x-cited tak sabar makan kek upin..hihihi

: anak manja ayah..

 
Cerita mengenai hadiah anak bujang nie, i dah research dekat sebulan..memang ibunya yang mengidam lebih nak beli barang baby dari brand ARMANI JUNIOR/BABY..so nak dapat barang yang diidamkan itu haruslah beli secara online..delivery barang dapat pun memang lah sebulan lebih...demi anak ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahajakan (tapi haruslah berpada-pada, kalo duit ibu and ayah pun gaji siciput sila lah jangan berlagak macam orang kaya..ok..jimat but smart..tui tak!!...kihkihkih}




: botol exclusive dan kasut from ARMANI BABY



Kebetulan hari sabtu kitaorang jalan-jalan and shopping dekat KLCC..ibu mabuk kepayang sikit tengok pakaian baby yang comei-comei dan sweet-sweet tuekan..tapi paling suka nak carikan baju akak dan abangnye..so borong punya borong..last-last husband cakap taknak belikan hadiah mainan untuk muhammad uwais ker?..kena tanya dulu ayahnyer nak bayarkan ke..so dapat green light dari husband..maka memborong pula kami di Toys R Us..dari nak beli mainan untuk anak bujang dah berjangkit nak beli mainan anak dara sekali..berhabis jugak la duit ayahnyer kan..apa-apa pun terima kasih yer sayang..I lebiu U la..huhuhuhuhu

 
: usia 11 bulan tak sampai seminggu dah tumbuh 3 batang gigi



 
: hadiah mainan baru dari kami untuk uwais..
akk siap bagi demo cara nak main kat adik..paham ker uwais... >_<


 


August 20, 2013

2nd Eid Mubarak 2013 - Part 2





Asslamualaikum w.b.t

 
Second part is story mory tentang i beraya di rumah keluarga mentua di Segamat Johor..Macam biasa beraya di sana mulai hari raya kedua. So aktiviti malam raya kedua adalah berehat dan menenangkan diri untuk bersiap sedia beraya di sanak saudara belah husband untuk raya ketiga..Setiap tahun beraya wajib beraya di rumah abang dan kakak mak and abah. Tradisi owang jawa kalo hari raya, sesiapa yang "pangkatnya" adik harus la datang ke rumah yang lebih tua barulah yang abang-abang and kakak-kakak nie datang beraya umah adik-adiknya..wahhh...first time i dengarkan..tapi tak kesah la yang mana pun janji berayakan...hihihihi


------------------------------------
 
 
Ada gak aktiviti terluang masa awal-awal beraya ini..jalan-jalan raya ziarah sanak saudara belah husband memang meriah..tema warna beraya di rumah keluarga husband ialah kuning..cerita menu juadah makanan beraya dikeluarga MIL nie dah tak ader lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang or lontong..yer la dah masuk raya ke 3 dan ke 4 nie kurang ckit orang nak menjamu juadah-juadah yang sedemikian..kadang-kadang rasa jemu jugak since perut nie dah mula meragam asyik ke toilet jerkan..macam-macam makanan yang ditelannya..tuela sebab orang tamak nie selalu rugi..nampak tue jer nak makan..nampak benda lain jer nak makan..semua nie gara-gara nafsu makan..nasib baik check up haritue tak naik banyak mana pun..just 300 gram ajer..

 
-----------------------------------
 
First time i cakap kat my husband yang i teringin nak makan dessert yang manis-manis..jenis bakery punya..ini adalah penangan attack bagi ibu yang meroyan nak makan manis-manis..tapi takut gak nak makan banyak sangat takut kena kencing manis lak..tapi dah nama pun nafsukan so i pun balun makan manis-manis then topup banyak-banyak dengan air masak sampai 3 liter...ermmm..jawapnye masuk la toilet tak sampai setengah jam asyik nak terkucil ajer..



-------------------------------------
 
 
Before this i ada beraya di rumah kawan i di johor..sempat gak la sebelum balik ke Putrajaya..sebab member ada buat open house..menu juadah raya memang terbaik tapi tak berani nak makan banyak-banyak takut perut niekan nak meragam jer dalam kereta..leceh lak rasa nanti asyik nak berhenti di R&R jerkan..thanks nadia sebab jemput kami sekeluarga dan sanggup melayan karenah anak dara yang banyak songeh tahap menara KLCC...hehehehehe..apa-apa pun memang besh beraya di keluarga mentua selain beraya di rumah keluarga i di Negeri Sembilan...last beraya di kampung i N9 pun sekejap sebab mengandung dah terover due dan mula rasa sakit contraction yang mild..tapi nasib baik tak bersalin kat sana {dah set nak bersalinkan anak nombor 2 di Hospital Putrajaya..amik ko ku gagahkan diri nie menahan kesakitan..siap cik abang drive selaju2 yang boleh tapi masih dalam had yang dibenarkan ok..kang tak silap-silap kena saman lak kitaorang}..
 
 
 

 
 


 
 
















 



 

August 16, 2013

1st Eid Mubarak 2013 - Part 1



Assalamualaikum w.b.t


Amboi ramai bebenar yang tak sabar dan menyempat nak tengok gambar raya kitakan..chewahh~~~ perasan santan la ko tiqa!!..hehehe...hah...mood nak menulis cerita raya pertama dah ada kerajinan nak menaip nie..ok first raya untuk tahun nie adalah di rumah keluarga tercinta..macam biasa menu juadah raya sama cam tahun-tahun lepas seperti nasi impit, rendang daging, rendang ayam, kuah kacang dan lontong {sowi gambar juadah tak sempat nak candid dah habis ditelan oleh kami adik-beradik..hehehe}.
 
 
 
Then seperti biasa waktu raya pertama mama dan papa i decide nak balik kampung di Kuala Pilah, N9..tapi..tapi nak diceritakan kat sini sebelum kami bertolak pulang ke kampung mesti la ada slot bermaaf-maafan dengan keluarga tercinta..banyak wooo dosa dengan mama and papa i {isk..isk..sedih bila dikenangkan perangai i yang dulu macam auzubillah}..



Macam biasa juga angpau wajib diberikan kepada mama, papa dan adik-beradik {yang tak kerja lagi jer yer..harap maklum} serta anak buah tersayang..so far anak buah belah keluarga i baru sowang tapi tahun depan dah dapat dua {tak sabar ok nak menyambut kelahiran anak buah baru}...kecian anak buah kena menghadap karenah anak dara i yang kuat merengek tu..erm...sabar la ye Muhammad Adam Darwisy {awish lei jadi abang terbaik untuk adik2nye nanti..salute abang lar}..raya tema kali ini i pilih hijau muda dan kuning muda ok...semua nak ada ayat MUDA!!...wajib okkkeeey..
 
 
 
ok tunggu part kedua plak nyer..sebab dah time out..ada benda lain yang nak dikejar..layan gambar-gambar di sekitar kejadian dirumah keluarga i..YeehhHHEEE~~!!!
 
 
 
p/s: sekiranya nak lihat lebih jelas sila click gambar yang anda berkenaan..terima kasih :)




 
 
 
 







 





 







 
 
 






 

August 15, 2013

Perut Kecil Vs Perut Besar

 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Tiba-tiba jiwa dan kata hati nie nak bersuara..bukan apa..melalui pengalaman mengandungkan nur umairah dan muhammad uwais, banyak bebenar perbezaanyakan.. of course la dari segi jantina dalam perut tue dapat dibezakan..tapi ada gak orang lain yang perutnya sama je saiz tak ada beza pun tapi lahirnya lain jantina gak..kadang-kadang kita membuat sesuatu jangkaan melalui kelaziman...waktu preggiekan anak dara perut i memang lebar dan besar..kaki pun dah bengkak since 6 month pregnant {actually ibunya memang kuat berjalan dan bershopping tak hingat dunia kan}..tapi time anak bujang memang bentuk dan saiz perut i tak naik sangat dan pastinya ke depan or orang kata muncung..kaki pun bengkak bila dah mula over due..sampaikan i pergi jumpa doctor di JB {kebetulan outstation disana} bila ramai orang kata perut i tak macam orang preggie 6 month...
 
---------------------------------
 
Dan yang menguatkan hati i nak pergi ke klinik di sana pun sebab i tak rasa gerakan or tendangan macam pregnantkan anak dara dulu {4 month puh dah terasa tendangannya}..al maklum la kita mesti akan compare dengan pengalaman pregnant yang sebelumnyakan {jangan kata i lupa ok..kalo dah pregnantkan anak bujang pun akaknya baru berusia 10 bulan takkan ibunya dah nyanyuk cepatkan..hehehe}
 
--------------------------------
 
So i decide siap minta driver kat sana tolong hantarkan i ke klinik berdekatan takut-takut la baby dalam perut nie tak membesarkan..risau gak..sebab sepupu i ada pengalaman sedemikian..alhamdulilah scan-scan doktor kata baby i terlobih-lobih aktif yer dan siap tunjuk jantina lagi tue tau...huhuhuu...skang hhahhah..dah nak masuk setahun dah minggu depan (22 Ogos 2013) umur anak bujang i..sekejap jer masa berlalu..tak kisah la perut besar ke kecil ke janji bayi dalam kandungan tue sihat walfiat, membesar mengikut seusianya dan sempurna sifat dan kejadiannyakan...AMIN...
 
-----------------------------------
 
 Dua-dua ada kelebihannya..tak ada yang rugi pun ok..ada orang perut kecil pun bila lahir je bayi dah 3.8kg dan ada gak perut besar lahirkan bayi baru 2.7kg...masing-masing ada hikmahnya..
 






 
 
 
 
 



August 14, 2013

Ucapan Eid Mubarak 2013


Assalamualaikum w.b.t



 
Walaupun harinie dah masuk hari ke 7 kita beraya, i hampir lupa untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir kepada semua terutama kepada bonda, ayahanda, adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan seluruh hamba yang mengenali diri ini sekiranya kata-kata dan tingkah laku diri ini menguris hati anda..yer kita hanya manusia biasa yang tidak lari dari salah dan silap..harap-harap ampun dan maaf..ok..begitu juga dari kami sekeluarga..dah tak mahu sedih-sedih sebab nye dah raya kan..kita kena bergembira..hehehehe..kepada sesiapa yang nak datang beraya dirumah i amat-amatlah dialukan tapi harap la anda memaklumkan kepada kami supaya anda datang ke rumah i tak der la kena patah balik disebabkan tuan rumah nyer tak aderkan ataupun hanya sempat tuan rumahnye menjamu kuih raya sahajakan..so kami pun boleh la dapat menghidang juadah yang lebih menarik dan sedap..sedap ker...yang tue kena datang dan rasa sendiri rendang dan lontong i ok..wahh...ada riak kat situ kan...okkkk...tarik alik...hihihihi..entry kami beraya dan photoshoot bersama keluarga tercinta akan i upload and story mory nanti yer..selamat beraya semua...muahhhhhksksksk!!!~~